Jumat, 14 September 2012

PANGGILAN KUBUR

Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Said al-khudri r.a,katanya :

  Maksudnya :" Rasulllah saw masuk ke tempat sembahnyangnya lalu ia melihat ramai manusia yang bergelak tawa .Baginda bersabda yang bermaksud : "Jika kamu memperbanyakkan mengingati yang menghancurkan kelazatan nescaya kamu akan disibukkan oleh apa yang aku lihat, iaitu mati .Oleh itu perbanyakkanlah mengingati yang menghancurkan kelazatan iaitu mati kerana setiap hari kubur akan berkata : Akulah rumah yang usang, akulah rumah keseorangan, akulah rumah tanah dan akulah rumah ulat. Apabila seorang mukmin disemadikan , kubur akan berkata kepadanya : selamat datang, sesungguhnya engkaulah orang yang paling aku sukai berjalan di atas permukaanku. Maka pada hari ini apabila aku mengendalikan kamu dan kamu kembali kepadaku, kamu akan melihat bagaimana layananku terhadapmu. Lalu diluaskan untuknya kuburnya sejauh mata memandang dan dibukakan untuknya pintu dari syurga. Apabila seorang hamba yang jahat atau kafir dikebumikan, kubur akan berkata kepadanya: Tidak ada selamat datang dan alu-aluan untukmu. Sesungguhnya engkaulah orang yang sangat aku benci berjalan di atas permukaanku. Maka apabila aku mengendalikan urusan kamu pada hari ini dan engkau telah kembali kepadaku, engkau akan melihat bagaimana aku melayanimu.Lalu kubur menghimpitnya hingga berselisih tulang rusuknya. Rasulullah saw menunjukkan isyarat dengan jarinya sambil memasukkan sebagian jari ke dalam sebahagian yang lain. Baginda bersabda lagi : Dan Allah menghantar kepadanya sembilan puluh ekor ular atau sembilan puluh sembilan di mana jika seekor daripadanya meniupkan (racunnya) di bumi nescaya tidak akan tumbuh satu tumbuhan pun selagi dunia ini masih ada. Lalu ular itu mematuknya berterusan sehinggalah ia dibawa untuk dihisabkan. Rasulullah saw menyebutkan lagi : Sesungguhnya kubur itu adalah satu taman daripada beberapa taman syurga atau satu lubang daripada beberapa lubang neraka."

     Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abib bin Umair,katanya : Allah menjadikan bagi kubur,lisan yang dengannya ia berbicara kepada anak-anak Adam. Katanya : Hai anak Adam,bagaimana engkau boleh melupakan aku? Tidakkah engkau tahu bahawa aku ini rumah ulat, rumah berseorangan dan rumah kesepian?.

    Diriwayatkan daripada Ghudhaif bin al-Harith,katanya : Aku datang ke Baitul Maqdis bersama
Abdullah bin Abib bin Umair. Lalu kami duduk di hadapan Abdullah bin Amru bin Al-'As. Aku dengar dia berkata : Sesungguhnya kubur bercakap dengan seseorang apabila diletakkan di dalamnya. Ia berkata : Wahai anak Adam, apakah yang menyababkan kamu tertipu denganku? Tidakkah kamu tahu bahawa aku rumah bersendirian? Tidakkah kamu tahu bahawa aku rumah kegelapan? Tidakkah kamu tahu bahawa akulah rumah yang sebenar? Hai anak Adam, apakah yang menyababkan kamu tertipu? Kamu pernah berjalan di sekitarku beberapa jauh. Kata Ghudhaif : Lalu sahabatku yang lebih tua daripadaku berkata kepada Abdullah bin Umar : Jika ia seorang mukmin, kuburnya akan diluaskan dan dijadikan kediamannya menghijau dan ruhnya dibawa naik ke langit."

    Diriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Basri bahawa beliau berkata : "Suatu hari aku berada di belakang satu jenazah. Aku mengikutinya sehingga mereka yang mengiringinya sampai ke liang kuburnya. Apabila sampai di situ, tiba-tiba seorang wanita yang turut mengikuti jenazah tersebut menyeru: "Hai penghuni kubur,  kalaulah kamu kenal orang mati yang sedang dibawa kepada kamu,nescaya kamu akan menghormatinya". Al-hasan meneruskan ceritanya: Tiba-tiba aku terdengar suara dari dalam lubang kubur tersebut berkata: Demi Allah, orang ini telah dihantar kepada kami dengan membawa dosa yang banyak seperti bukit. Aku telah diberikan kebenaran untuk memakannya hingga ia akan menjadi hancur berkecai. Kata al-Hasan lagi: tiba-tiba jenazah yang dibawa bergoyang di atas kerandanya, dan ketika itu juga Al-Hasan jatuh pengsan".












0 komentar:

Posting Komentar

Berkomentar lah tentang Artikel ini :

Share