Senin, 05 November 2012

9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelumku di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya. Maka malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah. Maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5.  Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali datang dia akan diusir. Maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7.  Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan  orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya. Maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya. Maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepala dari bahaya api tersebut.



Sabtu, 22 September 2012

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Luqman al-Hakim sungguh kaya dengan ketokohan dan menyampaikan nasihat kepada anaknya sehingga Allah mengangkatnya sebagai salah sebuah nama surah di dalam al-Quran. Ayuh kita susuri pedoman dan
nasihat yang ditinggalkan oleh Luqman al-Hakim pada sekalian permata hati ibu dan ayah:

1) Hai anakku,ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam di dalamnya.Bila engkau ingin selamat agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan SAMPAN bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKAL kepada Allah.

2)Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah SWT.Orang yang sedar dan insaf setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah SWT juga.

3)Hai anakku,orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah SWT,maka dia tawaduk kepda Allah SWT,dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.

4)Hai anakku,sekiranya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan,maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

5)Jauhkan dirimu daripada berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan kamu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam.

6)Dan selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yangmenyababkan kamu tidak menderhakai Allah SWT.Takutlah kepada AllahSWT dengan sebenar-benar takut(takwa) tentulah engkau akan terlepas daripada sifat berputus asa daripada rahmat Allah SWT.

7)Hai anakku,seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak  dipercayai orang dan seorang yang rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal yang tidak benar.

8)Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

9)Hai anakku,engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang mat berat,tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu apabila engkau mempunyai jiran tetangga yang jahat.

10)Hai anakku,janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.Maka apabila tidak ada orang yang cerdik sebagai utusan,sebaliknya dirimulah sahaja yang layak menjadi utusan.

11)Jauhilah bersifat dusta kerana dusta itu mudah dilakukan.Bagaikan memakan daging burung,padahal sedikit sahaja berdusta itu memberikan akibat yang merbahya.

12)Hai anakku,apabila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir majlis perkhawinan,pilihan untuk menziarahi orang mati,sebab ianya akan mengingatkanmu tentang akhirat,sedangkan menghadiri pesta perkhawinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

13)Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,kerana makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baik diberikan kepada anjing sahaja.

14)Hai anakku,janganlah engkau menelan langsung sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu,kerana manisnya belum tentu untuk kesegaran dan belum tentu kepahitn itu menimbulkan kesengsaran.

15)Makanlah makananmu bersama-sama orang yang bertakwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat daripada mereka.

16)Hai anakku,bukanlah satu kebaikan namannya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkannya.Hal ini tidak seperi orang yang mencari kayu api,maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya,padahal ia masih mahu menambahkannya.

17)Hai anakku,jika kamu ingin mencari kawan sejati,maka ujilah erlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.Bila mana dalam kemarahan masih berusaha mengisafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan.Bila tidak sedemikian,maka berhati-hatilah.

18)Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis  wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya orang terhadap orang lain yang pernah memberikan brang yang berharga.

19)Hai anakku,bila berteman,letakkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

20)Jadikanlah dirimu dalam setiap tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

21)Hai anakku,janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu sentiasa disusahkan oleh dunia sahaja kerana engkau dicipta oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja.Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

22)Hai anakku,usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang kasar,busuk serta kotor,kerana engkau lebih selamat jika berdiam diri.Kalau berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

23)Hai anakku,janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-siakan hartamu.

24)Barang siapa yang penyayang pasti akan disayangi,sesiapa yang pendiam pasti akan selamat daripada kata-kata yang mengandungi racun,dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya daripada berkata kotak pasti akan menyesal.

25)Hai anakku,bergaul rapatlah dengan orang alim lagi berilmu.Perhatikanlah kata nasihatnya  kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mandengar nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah daripada mutiara katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami hujan.

26)Hai anakku,ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah selebiahnya untuk bekalan akhiratmu.Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampa kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain.Sebaliknya,janganlah angkau peluk dunia ini serta meneguk hadis airnya kerana sesungguhnya engkau makan dan pakai adalah tanah belaka.Janganlah engkau bertemankan orang yang bersikap talam dua muka,kelak akan membinasakan dirimu.



Jumat, 14 September 2012

ROH DI BULAN RAMADHAN

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damailah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya.
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu dikemudian hari...
Al Fatihah buat semua muslimin da muslimt yang telah pergi mendahului kita."

Apabila tiba bulan Ramadhan, smua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan kembali ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus dipenjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ketanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi kerumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlanjutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidil fitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh merka-mereka yang masih hidup.

Hikmahnya adanya alam kubur- alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa-doa orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya seseorang yang telah meninggal dunia masih lagi mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku sekalian, janganlah biarkan orang -orang yang kita sayang, yang dijemput Allah terlebih dahulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Wassalam

PANGGILAN KUBUR

Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Said al-khudri r.a,katanya :

  Maksudnya :" Rasulllah saw masuk ke tempat sembahnyangnya lalu ia melihat ramai manusia yang bergelak tawa .Baginda bersabda yang bermaksud : "Jika kamu memperbanyakkan mengingati yang menghancurkan kelazatan nescaya kamu akan disibukkan oleh apa yang aku lihat, iaitu mati .Oleh itu perbanyakkanlah mengingati yang menghancurkan kelazatan iaitu mati kerana setiap hari kubur akan berkata : Akulah rumah yang usang, akulah rumah keseorangan, akulah rumah tanah dan akulah rumah ulat. Apabila seorang mukmin disemadikan , kubur akan berkata kepadanya : selamat datang, sesungguhnya engkaulah orang yang paling aku sukai berjalan di atas permukaanku. Maka pada hari ini apabila aku mengendalikan kamu dan kamu kembali kepadaku, kamu akan melihat bagaimana layananku terhadapmu. Lalu diluaskan untuknya kuburnya sejauh mata memandang dan dibukakan untuknya pintu dari syurga. Apabila seorang hamba yang jahat atau kafir dikebumikan, kubur akan berkata kepadanya: Tidak ada selamat datang dan alu-aluan untukmu. Sesungguhnya engkaulah orang yang sangat aku benci berjalan di atas permukaanku. Maka apabila aku mengendalikan urusan kamu pada hari ini dan engkau telah kembali kepadaku, engkau akan melihat bagaimana aku melayanimu.Lalu kubur menghimpitnya hingga berselisih tulang rusuknya. Rasulullah saw menunjukkan isyarat dengan jarinya sambil memasukkan sebagian jari ke dalam sebahagian yang lain. Baginda bersabda lagi : Dan Allah menghantar kepadanya sembilan puluh ekor ular atau sembilan puluh sembilan di mana jika seekor daripadanya meniupkan (racunnya) di bumi nescaya tidak akan tumbuh satu tumbuhan pun selagi dunia ini masih ada. Lalu ular itu mematuknya berterusan sehinggalah ia dibawa untuk dihisabkan. Rasulullah saw menyebutkan lagi : Sesungguhnya kubur itu adalah satu taman daripada beberapa taman syurga atau satu lubang daripada beberapa lubang neraka."

     Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abib bin Umair,katanya : Allah menjadikan bagi kubur,lisan yang dengannya ia berbicara kepada anak-anak Adam. Katanya : Hai anak Adam,bagaimana engkau boleh melupakan aku? Tidakkah engkau tahu bahawa aku ini rumah ulat, rumah berseorangan dan rumah kesepian?.

    Diriwayatkan daripada Ghudhaif bin al-Harith,katanya : Aku datang ke Baitul Maqdis bersama
Abdullah bin Abib bin Umair. Lalu kami duduk di hadapan Abdullah bin Amru bin Al-'As. Aku dengar dia berkata : Sesungguhnya kubur bercakap dengan seseorang apabila diletakkan di dalamnya. Ia berkata : Wahai anak Adam, apakah yang menyababkan kamu tertipu denganku? Tidakkah kamu tahu bahawa aku rumah bersendirian? Tidakkah kamu tahu bahawa aku rumah kegelapan? Tidakkah kamu tahu bahawa akulah rumah yang sebenar? Hai anak Adam, apakah yang menyababkan kamu tertipu? Kamu pernah berjalan di sekitarku beberapa jauh. Kata Ghudhaif : Lalu sahabatku yang lebih tua daripadaku berkata kepada Abdullah bin Umar : Jika ia seorang mukmin, kuburnya akan diluaskan dan dijadikan kediamannya menghijau dan ruhnya dibawa naik ke langit."

    Diriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Basri bahawa beliau berkata : "Suatu hari aku berada di belakang satu jenazah. Aku mengikutinya sehingga mereka yang mengiringinya sampai ke liang kuburnya. Apabila sampai di situ, tiba-tiba seorang wanita yang turut mengikuti jenazah tersebut menyeru: "Hai penghuni kubur,  kalaulah kamu kenal orang mati yang sedang dibawa kepada kamu,nescaya kamu akan menghormatinya". Al-hasan meneruskan ceritanya: Tiba-tiba aku terdengar suara dari dalam lubang kubur tersebut berkata: Demi Allah, orang ini telah dihantar kepada kami dengan membawa dosa yang banyak seperti bukit. Aku telah diberikan kebenaran untuk memakannya hingga ia akan menjadi hancur berkecai. Kata al-Hasan lagi: tiba-tiba jenazah yang dibawa bergoyang di atas kerandanya, dan ketika itu juga Al-Hasan jatuh pengsan".












Rabu, 12 September 2012

WARKAH UNTUK SANG BIDADARI

Wahai isteri yang sentiasa mencari ketenteraman hidup dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Ingatlah sesungguhnya suamimu bukanlah Rasulullah SAW dan akhlaknya jua tidak setara dengan akhlak baginda.Lantas engkau juga bukanlah makhluk Allah yang paling dicintai Rasulullah SAW juga disirami dengan api cemburu maka berhati-hatilah wahai isteri dengan bahana api cemburu.

Berwaspadalah jua wahai sayap kanan untuk lelaki yang tercipta untukmu.Jangan sekali-kali kau memuji lelaki lain di hadapan suamimu atau kau menceritakan tentang perihal lelaki lain kepadanya.Atau kau mengagumi cara berpakaian lelaki lain,tutur bicaranya atau keperkasaannya.

Sesungguhnya kaum lelaki terlalu membenci semua perkara itu.Mereka akan rasa tercabar dan mencalar kewibawaannya.Meskipun dia sendiri yang meminta berbuat demikian sehingga bersumpah tidak akan cemburu,ingatlah jangan sekali-kali kau lakukan,kerana dia akan ingat sepanjang hayatnya.

Wahai isteri ketahuilah,sesungguhnya lelaki tersemat di dalam kalbunya agar tidak ada dalam diri dan hatimu lelaki lain,bahkan tidak ada dalam dirimu yang lebih baik melainkan dirinya sahaja.

Wahai isteri yang tercinta,
Sesungguhnya jua,suamimu tidak akan mencari wanita lain di dunia ini.Dia telah berusaha untuk mendapatkan dan memilikimu.Dia bekerja untukmu,hidup untukmu dan ingin hidup denganmu bukan dengan orang lain.Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan berusahalah untuk sentiasa benar.Percayalah kepada suamimu setelah engkau percaya kepada Allah yang dapat menjaga  urusannya dan berilah apa yang diharapkan oleh suamimu.Peganglah hadis Nabi Muhammad saw ini :

" Allah swt tidak akan melihat ke arah wanita yang tidak pernah berterima kasih kepada suaminya dan ia tidak pernah berasa cukup daripada suaminya."

* Dari Suamimu




( Riwayat al-Nasa'i, al -Bazar dan al-Hakim )













Selasa, 11 September 2012

Kekuatan Tauhid Benteng Hadapi Musibah


Setiap insan pasti mengharapkan suatu kehidupan yang sempurna. Dilimpahi kebahagiaan..ditaburi kemewahan..punya keluarga yang mendamaikan.Semua serba sempurna...!
Namun terkadang kita diuji dengan permasaalahan dan musibah yang mencabar kesabaran kita yang hanya setebal kulit bawang.
Lantaran tipisnya iman berbekal didada, kita alpa dan sangat mudah terjerumus dalam perbuatan syirik.
Justeru, seorang muslim wajib meyakini hanya Allah swt yang menguasai seluruh kebaikan dan mudarat, baik yang belum berlaku mahu pun yang sudah menimpa.
Allah swt berfirman: "Dan demi sesungguhnya! Jika engkau ( wahai Muhammad)bertanya kepada mereka ( yang musyrik ) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): Maka terangkan kepadaku apa yang kamu sembah selain Allah? Jika Allah hendak menimpakan kemudaratan kepadaku, apakah berhalamu itu dapat menghilangkan bahaya itu atau jika Allah mahu memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya? Katakanlah: Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nya bertawakal orang yang berserah diri." (Surah al-Zumar ; ayat 38)
Ada beberapa kaedah yang boleh dipraktikan tika berdepan dengan musibah atau kegagalan. Antaranya perbanyakkanlah berdoa ke hadrat Illahi yang Maha Mengasihani. Dengan tidak berputus doa, akan mengalir dalam dirinya kekuatan menjadikan dirinya lebih sabar, tegar dan beristiqamah.
Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada sesuatu mampu menolak takdir kecuali doa."(Hadis Riwayat Ahmad)
Kedua ialah kejituan takwa kerana ada beberapa ayat mengungkapkan kesungguhan dan kejituan dalam ketakwaan menatijahkan keutuhan spritual untuk menyelesaikan pelbagai kesulitan serta kepayahan hidup.
Ketiga adalah keredhaan ibu bapa. Setiap insan wajib memuliakan kedua-dua orang tuanya kerana doa dan restu mereka memudahkan jalan meraih sejuta kebaikan duniawi dan ukhrawi.
Keempat pula adalah amalan sedekah. Bersedekahlah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan, sekaligus sedekah bertindak sebagai perisai daripada bahaya dan musibah.
Kelima, mengucapkan istigfar. Allah swt berfirman: "Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada diantara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristigfar (meminta ampun)." ( Surah al-Anfal : ayat 33 )
Jalinkanlah silaturahim, berzikir dan berselawat mengingati Allah. Insyaallah amalan-amalan ini dapat memberi perlindungan daripada gangguan dan godaan syaitan. Sentiasalah berbuat baik kepada semua makhluk. Kebaikkan yang disebarkan dibumi sebenarnya yang bakal dikembalikan kepadanya seperti yang Allah swt kurniakan dari langit kepada hamba-Nya yang soleh.

                     Amin.wassalam

7 MACAM PAHALA DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat tujuh (7) macam pahala yang akan diterima oleh seseorang itu selepas dia mati.

Tujuh perkara tersebut ialah:-

1) Sesiapa yang dirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun,maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab,dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4) Orang yang menggali perigi,selagi mana ada orang yang menggunakannya.

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman,selama mana ada yang memakannya atau berteduh dibawahnya baik dari manusia atau burung.

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna,selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7)Orang yang meninggalkan anak yang soleh,lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu.Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.


Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:"Apabila telah matinya anak Adam itu,maka terhentilah amalnnya malainkan tiga macam:

1) Sedekah jariah.

2) Ilmu yang berguna dan diamalkan:

3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.

Senin, 03 September 2012

Pahala Untuk Seorang Wanita

Di bawah ini disenaraikan fadhilat ke atas seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan . Mudah-mudahan ini dapat memberikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yang solehah dan terbaik dari semua segi.

Berikut ialah himpunan hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita muslimah:

  • Syurga itu di bawah telapak kaki seorang  ibu.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang soleh.
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (menetek) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan
  • masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, kemudian menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. Setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh  (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Allah swt memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir.
  • Seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan oleh Allah swt nur wajahnya 13 kali daripada wajah asalnya.


Amalan Sunat Bulan Islam


BULAN MUHARRAM 
Nabi saw bersabda: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." 
Hadis Riwayat Muslim

Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa .(Puasa Tasua’) 
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa.(Puasa Asyura)
 Dalam bulan ini disunatkan berpuasa dan memperbanyakkan    
 amalan sedekah kepada fakir miskin.
 Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.
 Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim. Ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya.

BULAN REJAB
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Rejab adalah bulan Allah , syaaban adalah bulanku dan ramadhan adalah bulan umatku.”
Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah SWT, maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah SWT seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya;- 
     “Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat             
       keredhaaan Allah.
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan 
mendapat kemuliaan besar.
Sesiapa yang brerpuasa 3 hari maka Allah SWT 
akan menjauhkannya dari azab dunia. Diselamatkan
 dari diseksa di akhirat serta fitnah dajjal 
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka Allah SWT akan 
menutup 7 pintu neraka jahannam baginya.
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 
baginya 8 pintu syurga. Sesiapa yang berpuasa 10 
hari maka akan diperkenankan oleh Allah hajat dan 
permintaannya.
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan
 menambahkan pula pahala-pahala amalannya
 berlipat kali ganda.
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di syurga 
diberi minum air sungai yang bernama Rejab. Air 
tersebut lebih putih dari susu, lebih manis dari 
manisan dan lebih sejuk dari salji. 
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan 
Allah dengan 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab
akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa Sirah
Rasulullah yang berlagu dalam bulan Rejab seperti 
Israk Mikraj.
    
     BULAN SYAABAN
Syaaban ialah bulan Rasulullah SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu ialah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serakkan.”
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan diakhirnya, maka Allah SWT akan menuliskan baginya pahala 70 orang Nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allahdengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silahturahim.

     BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Apabila tiba bulan Ramadhan  maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan   
 pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.
Sabda baginda “Jika umat manusia itu mengetahui 
kelebihan yang terdapat didalam bulan Ramadhan 
nescaya umat ku akan menginginkan supaya 
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan”
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah 
sebanyak 1000 kali ganda. 
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala
 amalan fardu.

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian 
istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian 
pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian
kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan 
bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, 
witir dan solat sunat yang lain.
Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca 
Al-Quran, bertaubat dan lain-lain.
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan 
membantu mereka yang berada di dalam kesusahan 
dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak 
berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 
malam yang yang terakhir Ramadhan bagi
mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam
                                                         
 Lailatul Qadar seperti beriktiraf di masjid, qiamullail dan sebagainya.

     BULAN SYAWAL
    Amalan sunat pada 1 syawal seperti:
Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil
 Fitri.
Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih 
dan cantik.
Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya.
Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang 
menggunakan jalan yang lain.
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula 
malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari 
raya tersebut.
Berpuasa 6 hari dalam bulan syawal. Rasulullah SAW 
bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa di 
bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari
 dibulan syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa
sepanjang tahun.”

     BULAN ZULHIJJAH
     Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a,     
     Rasulullah SAW telah menerangkan tentang fadhilat di    
     bulan Zulhijjah iaitu:

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah
 diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa 
pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
SWT.
Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus a.s 
diperkenankan Allah SWT. Oleh itu sesiapa yang
 berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun
 dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah
 melakukan maksiat. 
Tanggal 3 Zuhijjah doa nabi Zakaria a.s telah
 diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang 
berpuasa pada hari itu doanya juga akan
diperkenankan oleh Allah SWT.
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa a.s dilahirkan. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar
dari kafakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa a.s dilahirkan. Oleh
itu sesiapa yng berpuasa pada hari itu akan terlepas
ia dari sifat munafik dan seksa kubur.
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membuka pintu-pintu
 kebajikan kepada Nabi-nabinya. Oleh itu sesiapa 
yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh 
Allah dengan pandangan rahmat.
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka jahannam akan
 dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
 itu akan dibukakan 30 kemudahan dan dikunci 30
 pintun kesulitannya.
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari 
syaitan. Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir).
Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan 
pahala yang banyak oleh Allah SWT.
Tanggal 9 zulhijjah Allah telah memberitahu kepada nabi 
Ibrahim a.s bahawa mimpinya adalah benar dari Allah 
SWT,bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah
 dikenali sebagai ‘Arafah’ (Hari ketahui).
Rasulullah saw bersabda: puasa pada hari Arafah itu 
menghapuskan dosa 2 tahun yang lalu dan tahun yang akan
datang.(Hr Muslim)
Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang 
bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh 
Allah SWT pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman.
    
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti: 
a) Mandi sunat pada Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
c) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah
(Takbir Muqayyad)
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat asar dan membaca doa awal tahun selepas solat magrib pada malam pertama awal Muharram.



Apa guna jadi lelaki kacak…
Kalau baca Quran pun merangkak-rangkak.
Apa guna jadi perempuan cantik…
Kalau jam 12 tengahari pun tak celik-celik.
Apa guna umur panjang…
Kalau fardu ain asas pun lintang pukang.
Apa guna Allah bagi hidayah…
Kalau nak solat pun sikit punya payah.
Apa guna jadi manusia…
Kalau umur Allah bagi kita sia-sia.
Apa guna harta melimpah…
Kalau nak hulur kepada yang memerlukan pun susah.
Apa guna pangkat besar…
Kubur dah dekat pun masih tak sedar.


Share