Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut: “ Aku bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah saw dan kami temui baginda sedang menangis . kami bertanya kepada baginda: Mengapa tuan menagis, wahai rasulullah?. Rasulullah menjawab: Pada malam aku diisraqkan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai-bagai penyeksaan, maka apabila teringatkan mereka, aku menangis.” Aku bertanya lagi:” Wahai rasulullah, apakah yang tuan lihat? Beliau bersabda :
- Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
- Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari belakangnya sedangkan lahar yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
- Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakangnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
- Wanita yang digantung, diikat kedua-dua kaki dan tangannya kea rah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dengan ular dan kala jengking.
- Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala dengan dahsyat.
- Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
- Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
- Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari rongga badannya ( hidung, telinga, mulut ) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
- Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai menerima bermacam jenis azab dan seksaan.
Maka berdirilah Fatimah r.a seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku….ceritakanlah kepadaku ini, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah saw bersabda,” Wahai Fatimah, adapun tentang :Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana sesungguhnya
wanita itu tidak menjaga rambutnya ( dijilbab) dikalangan lelaki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati
suaminya dengan kata-kata kesat.
Kemudian Nabi saw bersabda: “ Tidak seorang wanita yang
menyakiti hati suamina melalui kata-katanya kecuali Allah swt
akan membuat mulutnya kelak pada hari kiamat, selebar 70 zira’
kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.
Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia
menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana
dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib daripada
haid dan nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka
bersolek dan berhias semata-mata untuk dilihat lelaki lain serta
suka membicarakan keaiban orang.
Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting
dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri ( ingin terkenal )
dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya orang melihat
perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat
perhiasannya.
Adapun wanita yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sampai
ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana
dia mampu mengerjakan solat dan puasa , tetapi dia tidak mahu
berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya
seperti keldai kerana dia suka melaga-lagakan orang serta
berdusta.
Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia
‘ahli fitnah’ serta suka marah-marah pada suaminya
0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentar lah tentang Artikel ini :