Sabtu, 01 September 2012

Hadis Tentang Doa Wanita Lebih Aula



Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Dalilnya ialah ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia" .

Nilai seorang wanita solehah
Di bawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan kelebihan wanita solehah mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya-Allah.                                                                  
“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan ikhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”.(H.R. At-Thabrani)
“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada Allah akan sebalik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh, isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.” (H.R. Ibnu Majah)
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” (H.R Ibnu Majah)

Siti Aisyah r.a pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad Saw bersabda yang bermaksud:” Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya, dia membaca ‘ Alhamdulillahi ‘alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin’, maka Allah swt menetapkan baginya bebas daripada neraka, dengan mudah melalui sirat, aman daripada seksa, bahkan Allah swt mengangkat keatasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah swt selama haidnya".
Aisyah r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw: siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda: Suaminya. Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah saw, “ Ibunya.”
Daripada Aisyah r.a.” Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

Demikianlah besarnya kelebihan dan anugerah Allah swt kepada para wanita yang taat akan perintah Allah swt, ajaran rasul-Nya , juga kepada suaminya.

0 komentar:

Posting Komentar

Berkomentar lah tentang Artikel ini :

Share