Senin, 03 September 2012

Amalan Sunat Bulan Islam


BULAN MUHARRAM 
Nabi saw bersabda: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." 
Hadis Riwayat Muslim

Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa .(Puasa Tasua’) 
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa.(Puasa Asyura)
 Dalam bulan ini disunatkan berpuasa dan memperbanyakkan    
 amalan sedekah kepada fakir miskin.
 Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.
 Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim. Ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya.

BULAN REJAB
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Rejab adalah bulan Allah , syaaban adalah bulanku dan ramadhan adalah bulan umatku.”
Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah SWT, maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah SWT seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya;- 
     “Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat             
       keredhaaan Allah.
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan 
mendapat kemuliaan besar.
Sesiapa yang brerpuasa 3 hari maka Allah SWT 
akan menjauhkannya dari azab dunia. Diselamatkan
 dari diseksa di akhirat serta fitnah dajjal 
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka Allah SWT akan 
menutup 7 pintu neraka jahannam baginya.
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 
baginya 8 pintu syurga. Sesiapa yang berpuasa 10 
hari maka akan diperkenankan oleh Allah hajat dan 
permintaannya.
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan
 menambahkan pula pahala-pahala amalannya
 berlipat kali ganda.
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di syurga 
diberi minum air sungai yang bernama Rejab. Air 
tersebut lebih putih dari susu, lebih manis dari 
manisan dan lebih sejuk dari salji. 
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan 
Allah dengan 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab
akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa Sirah
Rasulullah yang berlagu dalam bulan Rejab seperti 
Israk Mikraj.
    
     BULAN SYAABAN
Syaaban ialah bulan Rasulullah SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu ialah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serakkan.”
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan diakhirnya, maka Allah SWT akan menuliskan baginya pahala 70 orang Nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allahdengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silahturahim.

     BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Apabila tiba bulan Ramadhan  maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan   
 pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.
Sabda baginda “Jika umat manusia itu mengetahui 
kelebihan yang terdapat didalam bulan Ramadhan 
nescaya umat ku akan menginginkan supaya 
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan”
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah 
sebanyak 1000 kali ganda. 
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala
 amalan fardu.

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian 
istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian 
pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian
kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan 
bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, 
witir dan solat sunat yang lain.
Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca 
Al-Quran, bertaubat dan lain-lain.
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan 
membantu mereka yang berada di dalam kesusahan 
dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak 
berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 
malam yang yang terakhir Ramadhan bagi
mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam
                                                         
 Lailatul Qadar seperti beriktiraf di masjid, qiamullail dan sebagainya.

     BULAN SYAWAL
    Amalan sunat pada 1 syawal seperti:
Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil
 Fitri.
Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih 
dan cantik.
Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya.
Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang 
menggunakan jalan yang lain.
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula 
malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari 
raya tersebut.
Berpuasa 6 hari dalam bulan syawal. Rasulullah SAW 
bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa di 
bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari
 dibulan syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa
sepanjang tahun.”

     BULAN ZULHIJJAH
     Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a,     
     Rasulullah SAW telah menerangkan tentang fadhilat di    
     bulan Zulhijjah iaitu:

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah
 diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa 
pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
SWT.
Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus a.s 
diperkenankan Allah SWT. Oleh itu sesiapa yang
 berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun
 dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah
 melakukan maksiat. 
Tanggal 3 Zuhijjah doa nabi Zakaria a.s telah
 diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang 
berpuasa pada hari itu doanya juga akan
diperkenankan oleh Allah SWT.
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa a.s dilahirkan. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar
dari kafakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa a.s dilahirkan. Oleh
itu sesiapa yng berpuasa pada hari itu akan terlepas
ia dari sifat munafik dan seksa kubur.
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membuka pintu-pintu
 kebajikan kepada Nabi-nabinya. Oleh itu sesiapa 
yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh 
Allah dengan pandangan rahmat.
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka jahannam akan
 dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
 itu akan dibukakan 30 kemudahan dan dikunci 30
 pintun kesulitannya.
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari 
syaitan. Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir).
Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan 
pahala yang banyak oleh Allah SWT.
Tanggal 9 zulhijjah Allah telah memberitahu kepada nabi 
Ibrahim a.s bahawa mimpinya adalah benar dari Allah 
SWT,bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah
 dikenali sebagai ‘Arafah’ (Hari ketahui).
Rasulullah saw bersabda: puasa pada hari Arafah itu 
menghapuskan dosa 2 tahun yang lalu dan tahun yang akan
datang.(Hr Muslim)
Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang 
bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh 
Allah SWT pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman.
    
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti: 
a) Mandi sunat pada Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
c) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah
(Takbir Muqayyad)
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat asar dan membaca doa awal tahun selepas solat magrib pada malam pertama awal Muharram.



Apa guna jadi lelaki kacak…
Kalau baca Quran pun merangkak-rangkak.
Apa guna jadi perempuan cantik…
Kalau jam 12 tengahari pun tak celik-celik.
Apa guna umur panjang…
Kalau fardu ain asas pun lintang pukang.
Apa guna Allah bagi hidayah…
Kalau nak solat pun sikit punya payah.
Apa guna jadi manusia…
Kalau umur Allah bagi kita sia-sia.
Apa guna harta melimpah…
Kalau nak hulur kepada yang memerlukan pun susah.
Apa guna pangkat besar…
Kubur dah dekat pun masih tak sedar.


0 komentar:

Posting Komentar

Berkomentar lah tentang Artikel ini :

Share