Senin, 03 September 2012

Tata Cara Sholat



1. BERDIRI TEGAK MENGHADAP KIBLAT
Tubuh harus diluruskan. Kepala ditundukkan sedikit dan memandang ke tempat sujud. Hadapkan diri semata-mata kepada Allah Ta’ala. Kemudian barulah membaca lafaz niat. Bagi lelaki, kakinya hendaklah renggang sedikit. Bagi wanita kakinya harus dirapatkan.

2. BERNIAT KETIKA TAKBIRATUL IHRAM
Contoh lafaz niat :
Subuh     : Usholli farads-subhi  raka’ataini  lillah-hi-ta’ala
Aku sembahyang fardu subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Zohor      : Usholli fardhaz-zuhri arba’a raka’atin lillah-hi-ta’ala
Aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat kerana Allah Ta’ala

Magrib    : Usholli fardhal-magribi  sala-sa  raka’atin lillah-hi-ta’ala
Aku sembahyang fardu magrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala


3. TAKBIRATUL IHRAM
Takbir ini dilakukan setelah selesai membaca lafaz niat. Kedua-dua tangan diangkat. Hujung ibu jari sejajar dengan anak telinga dan telapak tangan dibuka. Bagi wanita, jari-jarinya sejajar dengan bahunya dan tangannya rapat ke dada. Sewaktu mengangkat tangan, bacalah lafaz takbir.
   ALLA-HU  AKBAR ( ALLAH MAHA BESAR )
Setiap kali berpindah dari rukun perbuatan kepada rukun perbuatan yang lain, kita ucapkan takbir Alla-hu Akbar. Setelah Takbiratul-ihram, turunkan tangan dan lekapkan ke perut bertentang pusat. Bagi lelaki, tangan kanannya memegang pergelangan tangan kiri. Bagi wanita, tangan kanannya hanya menindih tapak tangan kiri. Kedua lengan dan siku dirapatkan ke tubuh. Sesudah itu, sunat membaca doa iftitah.

4. MEMBACA DOA IFTITAH
*  Allah-hu  akbar  kabi-ro   walhamdulillah-hi  kasi-ro
Allah Maha Besar sebesar-besarnya dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Wasubha-nallo-hi  bukratan  waasi-la. Wajjah-tu wajhiya
Dan Maha suci Allah pda waktu pagi dan petang aku hadap mukaku kepada
Lillazi  fataras-sama  wa-ti wal-ardha  hanifan  muslima  wama
Penjadi langit dan bumi dengan keadaan bersih dan menyerah, tidaklah
ana  minal- musyrikin. Inna  sala-ti  wanusuki  wamah
aku ini dari orang musyrik. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku

wamama-ti  lillah-hi  rabbil  a’lamin. La  syari- kalahu
dan matiku, bagi Allah sekelian alam. Tidak ada sekutu baginya

Wabiza-lika  umirtu  waana  minal – muslimin
Dengan demikian aku ditugaskan dan aku dari orang islam. 


5. MEMBACA AL FATIHAH
Maksudnya : ( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang )
Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam. Pemurah lagi Penyayang. Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkau yang kami sembah dan Engkau yang kami minta tolong. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Engkau kurniakan nikmat. Bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat.


6. MEMBACA SURAH PENDEK ATAU PANJANG

7. RUKUK                                                               
      Setelah membaca Al Fatihah dan diteruskan
      dengan membaca ayat pendek,  hendaklah
      mengucap Allahu-akbar, sambil tangan diangkat       
      seperti  Takbiratul-ihram tadi. Kemudian rukuk, 
      sambil membaca bacaan rukuk  
      Subha – na  rabbiyal  -  ‘azimi  wabiham  dih  
      ( 3 kali )
      Maha suci Tuhan ku yang Maha Besar dengan
        segala  kepujiannya.
      
      Membongkokkan kepala , kira-kira sama rata   
      dengan belakang dan punggung. Kedua-dua tangan   
      diletakkan ke atas kedua lutut. Bagi lelaki, 
      sikunya dibuka sedikit. Bagi wanita dirapatkan 
      keperut dan peha.

8. IKTIDAL
Sesudah rukuk, hendaklah berdiri tegak semula, sambil tangan diangkat sperti Takbiratul-ihram. Waktu hendak berdiri itu sunat membaca : 
Sami’alla – hu  liman  hamidah  rabbana  lakalham.
Waktu iktidal, hendaklah berdiri dengan lurus.

                                                                   
9. BACAAN DOA QUNUT PADA SEMBAHYANG SUBUH
Waktu iktidal rakaat kedua bagi senbahyang subuh, sunat membaca qunut. Bacaannya :
Allahummahdini  fi  man  hadait
Wa ‘a-fini  fiman  a’fait
Wa tawallana fi man tawallait
Wa ba-rik li fi ma a’atait
Waqini syarra ma qadhait
Fa inna ka taqdhi wa la yuqdha’ alaik
Wa innahu la yazillu man wa- lait
Wala yaizzu man ‘adait
Taba- rakta rabbana wata’a- laita
Fa lakal- hamdu ‘ala ma qadhait 
Wa astaghfiru-ka wa atu-bu ilaik
Wa sallalla-hu ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala a-lihi wa sahbihi wa sallam

10.  SUJUD
Setelah iktidal tidak usah mengangkat tangan lagi, langsung saja sujud sambil mengucap Allahu-akbar. Sujud ada 2 kali: sujud pertama, sehabis iktidal. Sujud kedua, setelah duduk di antara dua sujud. Cara hendak bersujud adalah dengan menurunkan lutut lebih dahulu ke lantai. Kemudian letakkan kedua telapak tangan ke lantai setentang dengan bahu. Jari-jari diluruskan ke kiblat. Dahi dan hidung ratakan ke lantai. Jari-jari kaki di tegakkan. Siku orang lelaki hendaklah direnggangkan daripada rusuk, dan bagi wanita pula dirapatkan kedua tangan dan siku kearah perut hingga bersatu dengan pehanya dan telapak tangan diletakkan berhampiran dengan muka.
Bacaan sujud: Subha-na rabbiyal a’ala wabihamm dih (3 kali)
Maha suci Tuhan yang yang maha tinggi dengan segala kepujian.


11. DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD
Duduk di antara dua sujud ialah dengan cara meletakkan punggung kaki kanan di atas telapak kaki kiri. Sementara telapak kaki kanan berada di atas jari-jarinya. Kedua-dua telapak tangan diletakkan di atas paha. Hujung jarinya disamakan dengan hujung lutut.

 Bacaan ketika duduk di antara dua sujud ialah : Robbighfir li, war-hamni , waj-bur ni, war-fakni, war-zukni, wah-dini, wa- a’ fini, wak fu’anni.
Tuhan ku, ampunilah aku, dan rahmatilah aku, dan baikilah keadaanku, dan muliakanlah aku, dan kurniakanlah rezeki kepadaku, dan hidayahkanlah aku, dan selamatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.

12.  SUJUD KEDUA
Setelah selesai duduk di antara dua sujud, kemudian lakukan sujud kedua. Cara sujud kedua dan bacaannya adalah sama dengan cara sujud yang pertama.

13.   RAKAAT KEDUA
Sesudah sujud kedua, selesailah rakaat pertama. Kemudian hendaklah bangun berdiri semula untuk memulakan rakaat kedua. Caranya adalah sama seperti pada rakaat pertama, iaitu berdiri tegak, membaca Al Fatihah, Rukuk, Sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua. Doa iftitah tidak perlu lagi.


Sesudah sujud kedua bagi rakaat kedua, hendaklah duduk membaca tahyaat akhir. Bagi sembahyang yang dua rakaat, tidak ada tahyaat awal. Terus saja tahyaat akhir.

14.   DUDUK TAHYAAT AWAL
Cara duduk bagi tahyaat awal serupa dengan duduk di antara dua sujud. Tetapi jari-jari tangan kanannya digenggam, melainkan jari telunjuk saja dilepaskan kira-kira rata dengan lutut.

Bacaan tahyaat awal adalah seperti berikut:
Att- tahiyatu-tul muba-rokat-tus- solawa-tut- toyyiba-tu lillah
Segala kehomatan yang berkat, doa-doa dan yang baik kesemuanya bagi Allah
Ass-sala-mu ‘alaika ayyuhannabiyyu wa rahmatulla-hi wabaraka-tuh
Salam sejahtera atas mu wahai nabi dan rahmat Allah dan berkatnya
Ass-salamu a’laina wa ‘ ala ‘iba-dilla-hissalihin
Sejahteralah atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh

Asyhadu alla-ila-ha illallah, wa asyhadu anna muhammadan  rasulullah 
(tegakkan jari telunjuk keatas)
Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruhNya.
Alla-humma solli ‘ ala saiyidina Muhammad
Wahai Tuhan! Limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad.

Setelah membaca tahyaat awal ini, selesailah rakaat kedua. Kemudian hendaklah berdiri untuk memulai rakaat ketiga. Kalau sembahyang itu sembahyang yang tiga rakaat, misalnya sembahyang maghrib, atau sembahyang yang empat rakaat,misalnya sembahyang zuhur, asar dan isya’. Pada rakaat ketiga dan keempat tidak dibaca lagi ayat (surah) ringkas sesudah Al Fatihah.  


15.   DUDUK TAHYAAT AKHIR
Bacaan tahyaat akhir ini sama saja dengan yang awal. Cuma bacaan selawat atas Nabi hendaklah dilengkapkan sebagai berikut:
Allahumma shali ‘alaa Muhammad, wa’alaa aali Muhammad. Kama shali ta’ ala ibrahim wa ‘ alaa aali ibrahim wa barik’ alaa Muhammad, wa ‘alaa Muhammad. Kama barakta ‘alaa ibrahim wa ‘alaa aali ibrahim. Fil ‘aalamiinainnaka hamiidum-majid.

  
16. MEMBERI SALAM
Setelah selesai membaca selawat tadi, hendaklah memberi salam. Salam pertama berpaling ke kanan dan salam kedua berpaling ke kiri. Dengan demikian selesailah sembahyang.
Ucapan salam waktu hendak berpaling itu ialah : 
ASSALA-MU ‘ALAIKUM WA RAHMATULLAH 
 ( sejahtera keatas kamu dan rahmat Allah )


BACAAN SELEPAS SEMBAHYANG

1. ASTAGFIRULLAHUL AZIIM, ALLAZI LAA ILAAHA ILLAA HUAL HAIYUL QAIYUUM WA ATUBU ILAIHI.
Saya meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar, Allah yang tidak ada Tuhan selain dariNya. Yang hidup abadi, berdiri kukuh, dan saya bertaubat mengakui kesalahan dan memohon bimbingan padaNya.

2. ALLAHUMMA ANTAS SALAM. WA MINKAS SALAM. WA ILAIKA YA’UUDUA SALAAM. FAHAIYINAA RABBANAA BIS SALAAM. WA-AD KHILNAL JANNATA DARAS SALAAM. TABARAKTA RABBANNA WA TA’AALAITA YAA ZAL JALAALI WAL IKRAAM.
Ya Allah, Engkau sumber keselamatan. Dari Engkau datangnya keselamatan. Kepada Engkau pula kembalinya keselamatan. Maka dari itu hidupkan kami dengan keselamatan. Dan masukkan kami ke dalam syurga Taman Keselamatan. Maha memberi berkat. Engkau ya Tuhan kami. Dan Maha Tinggi Engkau Tuhan yang memiliki kebenaran dan kemulian. 
                                                                  
3. ALLAHU AKBAR KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILAA. LAA ILAHA ILLALAHU WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHULMULKI WALAHUL HAMDU, YUHYI WAYUMI-TU WAHUA’ALAA KULLI SYAII-ING QADIR.

     Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan pujian 
     bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan  Maha Suci  
     Allah siang dan malam. Tidak da tuhan, melainkan  
     Allah sendiri. Tak ada yang meyekutui- Nya. Dia 
     yang empunya kerajaan, dan Dia yang empunya 
     pujan. Dia menghidupkan dan mematikan, dan dia 
     berkuasa di atas segala sesuatu.


     TAKBIR   :   bacaannya    :   ALLAHUAKBAR..
     TASBIH  :   bacaannya    :   SUBHANALLAH..
     TAHMID :   bacaannya    :   ALHAMDULILLAH
     TAHLIL   :   bacaannya    :   LAA ILAAHAILLAH

0 komentar:

Posting Komentar

Berkomentar lah tentang Artikel ini :

Share