“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata, “ kami beriman.” Sedang mereka tidak diuji..?”
Surah Al - Ankabut : ayat 2.
“ Sesungguhnya harta benda dan anak-anakmu itu hanyalah
menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
Surah At-Taghabun : ayat 15.
“ Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang
bersabar, dengan ganjaran yang terbaik, diatas apa yang mereka lakukan.”
Surah An-Nahl ;16; 96
“ Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta, iaitu orang-
orang yang terbenam dalam kebodohan yang lalai.”
Surah Az Zariyat : 10-11
“ Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.”
Surah Al Mujadalah : 11
“ Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh dan nasihat- menasihati supaya menepati kesabaran.”
Surah Al- Ashr : 1-3
“ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah
memudahkan baginya segala urusannya.”
Surah Al Talaq : 4
Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan
kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan ( nikmat Ku ).
Surah Al Baqarah :152
“ Serulah ( manusia ) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah
dan pelajaran baik dan bantahlah mereka dengan cara baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Surah Al- Nahl : 125
“Sabar itu satu keindahan dan kepada Allah sahajalah didapati
sumber pertolongan”.
Surah Yusuf: 18
“Kahwinlah perempuan-perempuan yang kamu suka dua, tiga
atau empat, tetapi jika kamu tidak berlaku adil, memadailah seorang saja.”
Surah Al Nisa:3
Dan kamu tidak sekali-kali sanggup berlaku adil dalam perkara
yang kamu tidak dapat menguasainya antara perempuan,
sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya.”
Surah Al Nisa : 129
Firman Allah swt yang bermaksud:” tidak ada suatu pun dosa
atas kamu jika kamu menceraikan isteri.”
Surah Al Baqarah : 236
Bersabar ( teguhkanlah hati ) di atas cubaan yang menimpa
engkau.Sesungguhnya yang demikian itu adalah termasuk hal-hal
yang diberatkan nilainya ( oleh Allah Swt )
Surah Luqman : 17
Firman Allah swt maksudnya :” boleh jadi kamu benci akan
sesuatu, sedang ia pada hakikatnya lebih baik bagi kamu..
dan kamu kasih akan sesuatu, sedang ia sebenarnya sedang
ia sebenarnya adalah buruk bagi kamu. Allah jua yang mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.
Surah Al Baqarah : 216
Apabila engkau berazam, maka tawakallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah mengasihi orang yg bertawakal kepada-Nya.
Surah Al Baqarah : 158
Firman Allah maksudnya :” orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah , dengan
zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Surah Al Ra’ad : 28.
Allah berfirman :” Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras
hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.”
Surah Ali Imran : 159
Firman Allah Swt :” sesungguhnya harta benda dan anak-
anakmu itu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar.”
Surah At Taghabun : 15
Allah swt berfirman :” …dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat
kesannya dari perbuatan membunuh.”
Surah Al Baqarah : 191.
Berkata Musa.:” Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku
dan mudahkanlah untukku urusanku.”
Surah Thaha : 25-26
Dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik yang
lahir mahupun yang batin.
Surah An’am : 151
Orang-orang mendustakan ayat-ayat kami..mereka itu tuli dan
bisu, dalam gelap gelita.
Surah An ‘am : 39
Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu ( syaitan) terhadap
hamba-hambaku, kecuali ( kamu punyai kuasa ) ke atas mereka
yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.
Surah Al Hijr : 42
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya keatas
orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.
Surah An nahl : 99
Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji & mungkar.
Surah Al An kabut : 45
Firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa yang berbuat
kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat ( dalam surat amalannya ) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihat ( dalam surat amalannya )
Surah Al-Zalzalah : 7-8
Firman Allah swt : Bacalah serta ikutlah akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang
( dengan tekun ), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar: dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedahnya dan kesannya ); dan ( ingatlah ) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Surah Al Ankabut : 45
Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu
peringatan.
Surah ‘Abasa : 11
Dan tidak ada yang mendustakan hari pembalasan itu
melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berdosa.
Surah Al Mutaffifin:12
Dan andaikata kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak
akan dapat kamu menghitungnya.
Surah Ibrahim : 34.
Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan .
Surah Al Baqarah : 19
Janganlah sesetengah kamu mengumpat yang lain, sukakah
salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati ( bangkai )?
Surah Al Hujurat : 12
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
Surah Al Qaf: 16
Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan
Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
Surah Ali ‘Imran: 133
Al Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh
alam.
Surah Sad : 87
Wahai Tuhan kami berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu
bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasannya.
Surah Ibrahim : 41
Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah
diwujudkan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus.
Surah Al Zukhruf : 43
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah
memudahkan baginya segala urusannya.
Surah Al Falaq : 4
Allah meningkatkan darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengertahuan agama
( dari kalangan kamu ) beberapa darjat.
Surah Al Mujadalah : 11.
Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar
dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
Surah Al Baqarah : 45
Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang
bertakwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir
disekitar tamannya: makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teguh. Itulah kesudahan usaha orang2 yg
takwa, sedang kesudahan orang- orang yg kafir pula ialah Neraka.
Surah Ar Rad : 35
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka
mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami
atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta,
tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada.
Surah Al Hajj : 46
Firman Allah: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu, akan menyusahkan kamu.
Surah Al Ma’idah : 101
Firman Allah swt : Sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya kelak pasti akan diminta untuk dipertanggungjawabkan.
Surah Al Isra’ : 36
Firman Allah swt : Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan
oleh Raqib dan Atid.
Surah Qaf : 18
Berbuat baiklah kamu sekalian ( ihsan ) sesungguhnya Allah
swt kasih kepada orang yang berbuat baik.
Surah Al Baqarah : 195
Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik.
Surah Al Ahzab : 21
Firman Allah swt : Sesungguhnya segala amal kebajikan
menghapus segala perbuatan dosa.
Surah Hud : 114
Allah berfirman : Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka
Allah pasti akan memberinya kecukupan.
Surah Al Talaq : 3
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat
dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.
Surah Al Baqarah : 222
Orang yang berbuat jahat di dunia, Allah swt berfirman : Dan
sesungguhnya Kami akan rasakan kepada mereka daripada azab
yang dekat sebelum azab yang besar semoga mereka kembali.
Surah Al Sajadah 32:21
Jika kamu malahirkan apa yang ada di hati kamu atau kamu
sembunyikan, maka Allah akan mengadili kamu dengan apa yang kamu lakukan itu.
Surah Al Baqarah 2: 284
Bahawasanya orang munafik itu ditempatkan di dalam api
neraka yang di bawah sekali.
Surah An-Nisa : 145
Serulah ( manusia ) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan
pengajaran yang baik.
Surah Ah- Nahl : 125
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan taubat yang tulus ikhas, mudah-mudahan tuhanmu
menghapus kesalahan-kesalahanmu.
At Tahrim : 8
Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim
secara zalim, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh
perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sair.
An- Nisa’ : 10
Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,
sekalipun kamu di dalam bangunan yang tinggi lagi kukuh.
Al-Nisa: 78
Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam
kebinasaan.
Al Baqarah : 195
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang
dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
Surah Az- Zumar : 10
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya
dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia
mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah An Nisa : 110
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu dan janganlah kamu
menjadi sebahagian daripada orang-orang yang memutarbelitkannya.
Al Baqarah : 147
0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentar lah tentang Artikel ini :