Minggu, 02 September 2012

Rukun Islam ( 5 Perkara )


  Mengucap Dua Kalimah Syahadah
 “ Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi  Muhammad itu pesuruhNya.” Dengan syahadah kita mengabdikan diri dengan  hati dan sanubari serta hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah SWT sahaja dan Nabi Muhammad itu adalah rasulNya.

  Solat 5 Waktu Sehari Semalam
Dengan menunaikan sembahyang , kita telah mengabdikan seluruh jiwa raga kita menyembah kepadaNya. Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.

  Berpuasa Di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

  Mengeluarkan Zakat
Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
                                                                                                                
  Mengerjakan Haji Di Baitullah
Dengan mengerjakan haji kita telah membuktikan kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang sejati. Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata untuk Allah.                                                            

0 komentar:

Posting Komentar

Berkomentar lah tentang Artikel ini :

Share