Segala puji dan kesyukuran hanya untuk Allah Azza Wajalla, tuhan semesta alam. Selawat dan salam keatas junjungan yang mulia,
Nabi Muhammad saw,juga kepada ahli keluarganya dan para sahabat seluruhnya.
Wasiat ini mengandungi himpunan firman-firman Allah SWT, hadis-hadis Rasulullah SAW, rangkaian beberapa panduan kehidupan dan mutiara kata bertujuan agar kita semua mendapat serba sedikit ilmu yang bermanfaat dalam mengharungi hidup dizaman serba maju dan moden ini.
Daripada Abdullah Bin Amr ra, sesungguhnya nabi saw bersabda:
” Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.” Hadis Riwayat Bukhari.
Sabda nabi saw.” Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunah rasulnya.”
Firman Allah SWT “ hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-sebenar takwa kepadaNya, jangan lah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam. “
Dan ingatlah..”.. setiap yang berjiwa, pasti akan merasai mati. “
Ali Imran : 185.
Tiada insan yang tidak melakukan kesilapan dan tiada insan yang sengaja berbuat silap. Sama-samalah kita ingat-mengingatkan antara kita dalam mencari redha Allah SWT.
Insyaallah kehidupan yang dibina atas landasan syariat dan menjunjung
Al Quran dan Al Sunnah sebagai perlembagaan hidup disamping melengkapi diri dengan ilmu sains social akan menjanjikan kebahagian yang tidak terungkap. Muga Allah SWT sentiasa merahmati dan mempermudahkan urusan kita di dunia hingga akhirat….Insyaallah.
Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya dari diri kita sendiri, mohon maaf sekali lagi atas kekhilafan kami.
Cahaya Hidupku
Nor Hayati * Masri * Sulimah
Nur Amalina * Amerul Firdaus * Amerul Hakimey
Nur Ain * Nur Ameerah * Daniel * Danish
Nur Amani * Haziq Hilmi * Danisha * Haziq Adhwa
Ramadhan 1433 …2012
0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentar lah tentang Artikel ini :