Sabtu, 01 September 2012

Temuduga Terbuka



SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN :
  1. Ahli Syurga Dari Awal.
  2. Ahli Neraka Dari Awal.
  3. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN
( Khas untuk jawatan A ) :
  1. Nikmat kubur.
  2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
  3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA :
Bila- bila masa secara langsung / tidak langsung, bermula dari saat anda membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur ( Alam Barzakh )

KELAYAKAN :
  •   Anda tidak perlu bawa sijil- sijil.
  •   Anda tidak perlu bawa pingat.
  •   Anda tidak perlu bawa wang atau harta ( yang banyak ).
  •   Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem , berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/ PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.

                                                                           
ENAM SOALAN BOCOR :
  1. Siapa Tuhan anda ?
  2. Apa Agama anda ?
  3. Siapa Nabi anda ?
  4. Apa Kitab anda ?
  5. Dimana Kiblat anda ?
  6. Siapa Saudara anda ?


CARA MEMOHON :
Anda hanya perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila- bila masa saja. 
( mungkin sekejap lagi ). Ia akan berlembut kepada orang- orang tertentu dan akan bengis kepada orang- orang tertentu. Ia diberi nama Malaikat Izrail.

0 komentar:

Posting Komentar

Berkomentar lah tentang Artikel ini :

Share