Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah ( kasut ) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukanya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya, dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
- Dia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.
- Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tiada jalan masuk.
- Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
- Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya ( mayat ) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki- laki ( Muhammad ) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya ; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya ?
Maka berkata mayat itu : Laki- laki itu ialah Nabi Muhammad SAW dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu ialah pesuruh Allah SWT yang membawa kebenaran daripada Allah SWT.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikian lah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya’Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.”
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras.
( kepala, kanan, kiri dan hujung kaki ).
Wallahu-a’lam. Semuga berjaya dalam temuduga ini.~~
0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentar lah tentang Artikel ini :